Prevalence of Ectoparasitism on Small Ruminants in Kelantan, Malaysia

Trop Life Sci Res. 2020 Apr;31(1):45-56. doi: 10.21315/tlsr2020.31.1.3. Epub 2020 Apr 7.

Abstract

Kelantan is a chiefly agrarian state with abundant small-holder ruminant farms in the East Coast economic Region of Malaysia. Ectoparasitism affects small ruminant production in Malaysia. It often causes reduction in meat quality and milk production which affect the farmers' income. To date, no report for the prevalence of ectoparasitism on small ruminant in Kelantan compared to other state in Malaysia. This study aims to determine the prevalence and associated risk factor of ruminant ectoparasitism in Kelantan. Ectoparasites were collected by manual picking and skin scrapping from 462 sheep and goats in Kelantan between April and September 2017 (during dry season). 60% of the sampled animals were infested with at least one species of the ectoparasites. In this study, lice and ticks were the most prevalent ectoparasites on small ruminant, which were 43.64% and 22.98%, respectively. The high biotic potential of lice population on host might be one of the factors they become the most prevalent species found on the animals. There was no significant relationship between ectoparasitism prevalence and species of small ruminants (χ2 = 1.12, p = 0.293). However, there was significant variations in prevalence between the regions where the animals were sampled from (χ2 = 30.25, p = 0.002) and farm management system for both species. This present study provides baseline epidemiological data on the prevalence of ectoparasitism in small ruminant. This information is useful for the formulation of prevention and control measures in order to enhance ruminant productivity in Kelantan.

Kelantan adalah negeri agraria di kawasan ekonomi Pantai Timur Malaysia dengan kebanyakan penternak mempunyai ladang ruminan yang kecil. Ektoparasit menjejaskan pengeluaran ruminan kecil di Malaysia. Ia menyebabkan penghasilan kualiti daging yang rendah dan kurang penghasilan susu yang menjejaskan sumber pendapatan penternak. Buat masa ini, tiada laporan mengenai prevalens ektoparasitisme pada ruminan kecil di Kelantan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens dan kaitan faktor risiko ektoparasitisme pada ruminan di Kelantan. Ektoparasit dikutip secara manual dan kikisan kulit daripada 462 ekor biri-biri dan kambing di Kelantan diambil di antara bulan April dan September (sepanjang musim kering). Sebanyak 60% daripada haiwan persampelan dijangkiti oleh sekurang-kurangnya satu spesis ektoparasit. Kutu dan sengkenit adalah ektoparasit yang paling prevalens pada ruminan kecil dalam kajian ini dengan sebanyak 43.64% dan 22.98% haiwan dijangkiti olehnya. Keupayaan biotik tinggi yang dimiliki oleh kutu adalah antara salah satu faktor yang menjadikan ia sebagai ektoparasit yang paling prevalens pada ruminan kecil. Tiada hubungan yang signifikan di antara prevalens ektoparasitisme dan spesies ruminan kecil (χ2 = 1.12, p = 0.293). Walau bagaimanapun, terdapat variasi signifikan di antara kawasan di mana sampel diambil (χ2 = 30.25, p = 0.002) dan sistem pengurusan ladang untuk keduadua spesies. Tambahan pula, pinjal dan tungau adalah kurang prevalens pada ruminan kecil di Kelantan. Hasil kajian ini memberikan dasar data epidemiologi pada prevalens ektoparasitisme pada ruminan kecil. Maklumat ini juga penting sebagai pencegahan dan kawalan dalam meningkatkan produktiviti ruminan di Kelantan.

Keywords: Biri-biri; Ectoparasites; Ektoparasit; Goats; Kambing; Kutu; Lice; Prevalence; Prevalens; Sengkenit; Sheep; Ticks.