Morphological Variability Identification of Harumanis Mango (Mangifera indica L.) Harvested from Different Location and Tree Age

Trop Life Sci Res. 2020 Jul;31(2):107-143. doi: 10.21315/tlsr2020.31.2.6. Epub 2020 Aug 6.

Abstract

Harumanis is one of the main signatures of Perlis with regards to its delightful taste, pleasant aroma and expensive price. Harumanis authenticity and productivity had become the remarks among the farmers, entrepreneurs, consumers and plant breeders due to the existence of morphological characteristics variation among the fruits and high production cost. Assessment of Harumanis morphological characteristics of natural population and different tree ages may represent a possible source of important characteristics for development and breeding purposes of Harumanis. The aim of this study is to evaluate the morphological variation of Harumanis collected from different location in Perlis and tree age. A total of 150 Harumanis fruits from 50 trees with three different stages of development (young, middle-aged and old) were characterised using 11 traits; 10 quantitative and one qualitative morphological trait. The ANOVA analyses in combination with Dunn's pairwise and Kruskal-Wallis multiple comparison test able to point out the existence of environmental factor and age influence towards the significant different of identified morphological traits except for Total Soluble Solid (TSS) and pulp percentage. Five clusters of 50 Harumanis accessions reflect a grouping pattern which not according to neither geographical region nor age. The result of Principal Component Analysis (PCA) using the first two principal components (PCs) provided a good approximation of the data explaining 84.09% of the total variance which majorly contributed by parameters of weight, fruit dimensional characteristics, peel percentage and hue angle, h. Preliminary screening of important morphological characteristics which contribute to the phenotypic diversity of Harumanis is successfully achieved. The findings can be employed by the plant breeders and farmers for the establishment of standard grading of Harumanis and advancement of breeding crop of Harumanis in future.

Harumanis ialah salah satu tanda Perlis kerana rasanya yang menarik, aroma yang wangi dan harganya yang mahal. Keaslian Harumanis dan produktivitinya telah menjadi tanda dalam kalangan petani, peniaga, pembeli dan pembiak baka tumbuhan kerana adanya kepelbagaian ciri morfologi antara buah dan kos pengeluaran yang tinggi. Ciri-ciri morfologi Harumanis dinilai dari segi populasi semula jadi dan usia pokok yang berbeza yang berkemungkinan menjadi ciri penting untuk perkembangan dan pembiakan Harumanis. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kepelbagaian morfologi Harumanis yang dikutip daripada beberapa lokasi berbeza di Perlis dan juga berdasarkan umur pokok. Sebanyak 150 buah Harumanis daripada 50 buah pokok dengan tiga peringkat perkembangan (muda, pertengahan dan tua) dan dibezakan menggunakan 11 trait; 10 kuantitatif dan 1 kualitatif. Analisis ANOVA digabungkan dengan ujian perbandingan pelbagai pasangan Dunn dan Kruskal-Wallis yang dapat menunjukkan keberadaan faktor persekitaran dan pengaruh usia terhadap perbezaan sifat morfologi yang dikenal pasti, kecuali jumlah peratusan larut (TSS) dan peratusan pulpa. Lima kelompok 50 aksesi Harumanis menunjukkan corak pengelompokan yang tidak sesuai dengan wilayah geografi atau usia pokok. Hasil analisis komponen utama (PCA) menggunakan dua komponen utama (PC) memberikan penghampiran data yang baik yang menerangkan 84.09% dari jumlah varians yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh parameter berat, ciri dimensi buah, peratusan kulit dan sudut rona, h. Pemeriksaan awal ciri-ciri morfologi penting yang menyumbang kepada kepelbagaian fenotipik Harumanis berjaya dicapai. Penemuan ini dapat digunakan oleh pembiak baka tumbuhan dan petani untuk menetapkan penilaian standard Harumanis dan kemajuan pembiakan tanaman Harumanis di masa depan.

Keywords: Geographical Region; Harumanis; Morphological Variation.